Sunday, November 16, 2008


.......السلام عليكم ورعمة اللة وبركة


Persatuan Bahasa Arab Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-BahasaTimur Tengah telah mengadakan Mukhayyam Pengukuhan Bahasa Arab bertempat di Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Antara objektif mukhayyam ini adalah untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Arab di kalangan ahli Persatuan Bahasa Arab.

Di samping itu, mukhayyam ini juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada ahli-ahli persatuan berkomunikasi di dalam bahasa Arab dengan para fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa dari Universiti Malaya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah tamthiliah atau lakonan, pembentukan perkataan dan ayat, jungle trekking, qiyamullail, semayang terawih berjemaah, penstrukturan nahu, dan berbagai lagi aktivit yang bersangkutan dengan penggunaan bahasa Arab.

Di samping itu juga, perkhemahan ini juga merupakan hari interaksi antara ahli-ahli Persatuan Bahasa Arab Universiti Malaya.

`Diharapkan agar perkhemahan ini dapat memberikan seribu satu manfaat pada mereka yang telah menyertainya.segala kekurangan amatlah dikesali dan kami memohon maaf atas sebab tersebut.moga usaha ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun berikutnya, agar kita dapat memartabatkan lagi bahasa Arab dalam kehidupan kita seharian.

No comments: