Monday, November 17, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli-ahli debat yang giat berlatih untuk pertandingan Debat Diraja, Untuk pengetahuan kepada Mahasiswa/siswi UM pada tanggal 28/11/2008 diadakan pertandingan debat Peringkat diraja yang berlangsung diUIAM.

Dengan kekuatan tenaga pengajar yang tidak asing lagi Dr. Rusdi b. Ismail yang mampu melatih dan mendidik peserta debat untuk mengharungi nama UM kita ini.

Adalah kejayaan itu milik Allah dan kita manusia hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan walaupun pahit.

كما يقول العربي:

كان اول الصبر مرا فأخره حلو


ويقول إمام علي

لا يعدم الصبور الظفر وإن طال به الزمان



Selamt maju jaya kepada semua peserta.. مع أطيب تمنياتنا لكم بالتوفيق والنجاح




حوار

السلام عليكم

وعليكم السلام

ما اسْمُكَ؟

اِسْمِيْ

مَا اسْمُ اَبُوْكَ؟

اِسْمُ اَبِي

كَمْ عُمُرَكَ؟

عُمْرِى

أَيْنَ تَسْكُنُ؟

أَسْكُنُ فِى

أَيْنَ تَدْرُسُ؟

أَدْرُسُ فِى

اِلَى أَيْنَ تَذْهَبْ؟

أَذْهَبُ اِلَى المَطْعَمَ
الرحلة إلى البلاد العربية

أرشد : كيف ستقضى هذه الإجازه الطويلة ؟
عدلي : سأشترك في رحلة الى البلاد العربية .
أرشد : كم مبلغا يدفعه المشترك ؟
عدلي : حوالي ثلاث ﺁلآف رينجيتا .
أرشد : أنا أريد الإستفسار عن هذه الرحله .
عدلي : بامكانك أن تتصل بهذا الرقم ٦۷۵۵۵٤
أرشد : لكنني أريد أن أتحدث شخصيا مع رئيس الرحلة .
عدلي : إذا كان هكذا تستطيع أن تقابل الأستاذ عبدالرحمن .
أرشد : هو سيكون رئيسا لتلك الرحلة ؟
عدلي : نعم المسؤول عنها وسيكون رئيسا لها .

Perjalanan (lawatan ) ke negeri Arab

Arsyad : Bagaimana awak akan menghabiskan cuti panjang ini ?
Adli : Saya akan menyertai lawatan ke negeri Arab .
Arsyad : Berapa harga yang perlu di bayar bagi setiap peserta ?
Adli : Lebih kurang tiga ribu ringgit.
Arsyad : Saya mahu penjelasan tentang perjalanan ini .
Adli : Awak boleh berhubung dengan nombor ini 675554 .
Arsyad : Tetapi saya mahu bercakap sendiri dengan ketua rombongan .
Adli : Kalau begitu awak boleh berjumpa dengan ust. Ab. Rahman .
Arsyad : Diakah yang menjadi ketua rombongan itu .
Adli : Ya, dia yang bertanggungjawab dan menjadi ketua bagi rombongan itu .

رحلة تعليمية

يعقوب : سمعت أنك ستذهب إلى الولايات المتحدة هذا الأسبوع ؟
منير : من أين سمعت هذا الخبر ؟
يعقوب : من إخواننا في المكتب .
منير : نعم، أنا مع بقية الزملاء سنقيم رحلة تعليمية إلى بعض جامعاتها .
يعقوب : ما الغرض من تلك الرحلة ؟
منير : نريد أن نتعلم من تلك الجامعات أشياء كثيرة مثل طريقة تطبيق نظام فصلين ونظام التعليم لمدى البعيد وغيهما .
يعقوب : أرجو أن تستفيد جامعتنا من هذه الرحلة إن شاء الله

Lawatan sambil belajar

Yaacub : Saya dengar awak akan pergi ke Amerika Syarikat minggu ini ?
Munir : Dari mana awak dengar cerita ini ?
Yaacub : Saya dengar daripada kawan-kawan kita di pejabat .
Munir : Ya, saya bersama kawan-kawan kita yang lain lawatan sambil belajar ke beberapa universitinya .
Yaacub : Apa tujuan lawatan itu ?
Munir : Kita mahu mempelajari daripada universiti-universiti itu banyak perkara, seperti cara perlaksaan sistem dua semesta pengajian jarak jauh dan lain-lain lagi .
Yaacub : Semoga universiti kita mendapat faedah dari lawatan ini Insya Allah .


عند مكتب الإ ستعلامات

العامل : هل تحتاج ألى المساعدة يا سيد ؟
زينل : أريد أن أزور صديقى .
العامل : متى دخل المستشفى ؟
زينل : يوم السبت الماضى فى الساعة السابعة صباحا .
العامل : أه، الأن تصدع إلى الطابق الخامس وتدخل الجناح الأيمان، وحاول أن تبحثه فيه .
زينل : أي إتجاه يا سيد ؟
العامل : تأخد هذا الإتجاه، وهناك تجد المصعد .
زينل : متى ينتهي وقت الزيارة ؟
العامل : في الخامسة ولا تطول فى الزيارة .
زينل : إن شاء الله لن أتأخر
.
Di kaunter pertanyaan

Pekerja : Adakah encik memerlukan pertolongan ?
Zainal : Saya mahu melawat kawan saya .
Pekerja : Bila dia masuk hospital ?
Zainal : Hari sabtu lepas pada pukul 7 pagi .
Pekerja : Oh, awak naik tingkat 5 wad sebelah kanan, dan cuba carilah dia di dalamnya .
Zainal : Encik, arah mana ?
Pekerja : Awak ikut arah ini, dan di sana awak akan dapati lif .
Zainal : Bila masa melawat akan habis ?
Pekerja : Pukul lima, dan jangan lama ziarah .
Zainal : Insya – Allah saya tidak terlewat .


هل تساعدني في بحث اسم هذا الكتاب

عبد الفتاح : ماذا تبحث يا أخي ؟
عبد السلام : أنا أبحث عن كتاب العربية للمبتدئ .
عبد الفتاح : من مؤلفه ؟
عبد السلام : مؤلفة هو عبد الفتاح إبراهيم .
عبد الفتاح : اسمية شبيه باسمي تماما .
عبد السلام : هل تساعدني في بحث هذا الكتاب، ربما تعرف مكانه لأنه شبيه باسمك .
عبد الفتاح : طيب ليس هناك مشكلة، وتبحث سويا . ( بعد قليل ) هذا هو يا أخي .
عبد السلام : أين وجدته ؟
عبد الفياح : هناك على ذلك ذلك الرف
.
Mencari nama buku

Ab. Fattah : Saudaraku, apa awak cari?
Ab. Salam : Saya mencari buku bahasa Arab untuk peringkat permulaan (yang baru belajar ) .
Ab. Fattah : Siapa pengarangya ?
Ab. Salam : Pengarangnya ialah Ab. Fatah Ibrahim .
Ab. Fattah : Namanya betul-betul menyamai nama saya .
Ab. Salam : Boleh awak tolong saya mencari buku ini? Boleh jadi awak tahu tempatnya kerana penulisnya sama dengan nama awak .
Ab. Fattah : Baiklah, tidak ada masalah, kita cari bersama . ( Sebentar kemudian ). Saudara, ini bukunya .
Ab. Salam : Di mana awak temuinya ?
Ab. Fattah : Di sana, di atas rak itu .



وقعت في حادثة الإصطدام

حميد : ما هي تجربتك التي لم تنسها يا أخي .
سالم : قبا خمس سنوات وقعت في حادثة الإصطدام . كنت أقود السيارة ، وفجأة جأت سيارة أخري من اليمين وضربت سيارتي
حميد : وماذا حدث بعد ذلك ؟
سالم : ولم أتمكن من سيطرة سيارتي وسقطت في مهواة التي بلغ عمقها خمسة أمتار.
حميد : يا لها من حادثة . وماذا حدث لك ؟
سالم : وأصبت بجرح خفيف ، أما السيارة لقد احترقت .
حميد : فعلا هذه تجربة مخيفة لا يمكن أن تنسى .

Kemalangan jalan raya

Hamid : Saudara, apakah pengalaman awak yang tidak dapat dilupakan?
Salim : 5 tahun lepas saya telah mengalami kemalangan jalan raya. Saya sedang memandu kereta, tiba-tiba kereta lain dating dari kanan dan melanggar kereta saya.
Hamid : Apa yang berlaku selepas itu ?
Salim : Saya tidak dapat mengawal kereta saya lalu jatuh ke dalam gaung yang sedalam 5 meter.
Hamid : Ho! Sungguh mengerikan. Apa telah berlaku kepada awak ?
Salim : Saya mendapat cedera ringan sedangkan kereta saya terbakar.
Hamid : Ini pengalaman yang menakutkan dan tidak boleh dilupakan.






Sunday, November 16, 2008


.......السلام عليكم ورعمة اللة وبركة


Persatuan Bahasa Arab Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-BahasaTimur Tengah telah mengadakan Mukhayyam Pengukuhan Bahasa Arab bertempat di Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Antara objektif mukhayyam ini adalah untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Arab di kalangan ahli Persatuan Bahasa Arab.

Di samping itu, mukhayyam ini juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada ahli-ahli persatuan berkomunikasi di dalam bahasa Arab dengan para fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa dari Universiti Malaya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah tamthiliah atau lakonan, pembentukan perkataan dan ayat, jungle trekking, qiyamullail, semayang terawih berjemaah, penstrukturan nahu, dan berbagai lagi aktivit yang bersangkutan dengan penggunaan bahasa Arab.

Di samping itu juga, perkhemahan ini juga merupakan hari interaksi antara ahli-ahli Persatuan Bahasa Arab Universiti Malaya.

`Diharapkan agar perkhemahan ini dapat memberikan seribu satu manfaat pada mereka yang telah menyertainya.segala kekurangan amatlah dikesali dan kami memohon maaf atas sebab tersebut.moga usaha ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun berikutnya, agar kita dapat memartabatkan lagi bahasa Arab dalam kehidupan kita seharian.

أهلا وسهلا و مرحبا بكم


Assalamualaikum. Pertama sekali bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya maka lahirlah blog bagi Persatuan Bahasa Arab Universiti Malaya.


Segala aktiviti yang akan dan telah dijalankan akan dikemaskini di dalam blog ini. Segala maklumat tentang Persatun Bahasa Arab juga boleh didapati di sini.



Jadi bersama-samalah kita memartabatkan lagi bahasa Arab dalam kehidupan kita seharian.



"كونوا ربانيين"